Pokémon: Saya Pilih Kamu!

Filem Pokémon: Saya Pilih Kamu![lower-alpha 1] ialah sebuah filem pengembaraan animasi Jepun 2017 berdasarkan francais media Pokémon oleh Satoshi Tajiri dan dihasilkan oleh OLM. Ia adalah filem kedua belas dalam dunia Pokémon dan filem pertama dalam siri Garis Masa Berlainan. Diadaptasi secara longgar dari episod percubaan anime dengan nama sama, ia diarahkan oleh Kunihiko Yuyama dan ditulis oleh Shoji Yonemura. Filem ini membintangi suara Rica Matsumoto, Ikue Ōtani, Unshō Ishizuka, Megumi Hayashibara, Shin-ichiro Miki, Inuko Inuyama, Kanata Hongō, Shiori Sato, dan Ryōta Ōsaka. Ditetapkan pada garis masa berlainan, filem ini mengikut pengembaraan Pelatih Pokémon Ash Ketchum dan kawannya, Pikachu, Verity, dan Sorrel, apabila mereka berusaha untuk bertemu Pokémon Lagenda Ho-Oh di puncak Gunung Tensei.I Choose You! disiarkan di Expo Jepun di Perancis pada 6 Julai 2017[2] dan kemudian dikeluarkan di Jepun pada 15 Julai.[3] Di Malaysia, filem ini dikeluarkan pada 7 Disember 2017.[4] Pengeluaran ini bertepatan dengan ulang tahun ke-20 siri anime ini. Filem ini memperoleh $37.6 juta di seluruh dunia dan ¥3.31 juta di Jepun dan mendapat ulasan yang pelbagai dari pengkritik.

Pokémon: Saya Pilih Kamu!

Bahasa Bahasa Jepun
Berdasarkan Pokémon oleh
Satoshi Tajiri
Lakon layar oleh Shōji Yonemura
Muzik oleh Shinji Miyazaki
Disunting oleh Toshio Henmi
Pengarah Kunihiko Yuyama
Secara harfiahnya Pocket Monsters the Movie: I Choose You!
Penerbit Satoshi Shimohira
Susumu Matsuyama
Atsushi Chiku
Hidenaga Katakami
Jepun 劇場版げきじょうばんポケットモンスター キミにきめた!
Pecah panggung ¥3.31 bilion (Jepun)
AS$37.6 juta (satu dunia)[1]
Mula ditayangkan 6 Julai 2017 (2017-07-06) (Expo Jepun)
Julai 15, 2017 (Jepun)
Hepburn Gekijō-ban Poketto Monsutā Kimi ni kimeta!
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Aya Aoshima
Tempoh tayangan 97 minit
Negara Jepun
Dibintangi oleh lihat bawah
Dikisahkan oleh Unshō Ishizuka
Pengedar Toho